cerita ni mengisah kan seorang gadis yang dalam kekeliruan...gadis ini bernama ariana..tapi dia lebih mesra dipanggil dekna..disebabkan dia anak perempuan tunggal dalam keluarga dia..dia dipanggil adik..dan bila digabung nama nya jadilah dekna :-))
dekna adalah seorang gadis yang agak pendiam..sesiapa yang tidak mengenali dia secara rapat memang akan cop dia sombong..tapi sebenar nya, bila sudah betul2 mengenali nya..dia seorang yang peramah dan banyak cakap..malah dia juga suka bercerita...dekna seorang wanita yang berkerjaya di kota metropolitan..jauh dari ibubapa..
Diawal kerjayanya,dekna sangat sukar untuk bergaul dengan lelaki kerana dekna seorang yang sangat pemalu dan sukar untuk bertentangan mata dengan mereka tetapi setelah dikenal kan dengan seorang lelaki oleh rakan karib nya..sikap dekna terhadap lelaki mula berubah,dia mula berani berhadapan dengan lelaki..dan lelaki yang diperkenal kan oleh kawan nya menjadi kekasih nya kini dan lelaki itu bernama Adam..
Dekna sangat menyayangi Adam..hingga sanggup berkorban masa untuk bertemu dengan Adam..tapi adam sangat sibuk dengan kerjaya nya..sehingga kan tidak ada masa untuk bertemu dekna..dalam setahun..boleh di bilang berapa kali mereka bertemu..
namun..dekna tetap bertahan..cinta yang mengunung dihati mengajar dekna erti kesabaran...malah sudah berulangkali dekna meminta adam mengahwini ye..tetapi pelbagai alasan diberi adam...
Tetapi..kesabaran manusia ada batas nya...adam seringkali membiarkan dekna kesunyian..malah hendak call dan mesej pun sangat susah..dekna sering ditinggal kan bersendirian..usahkan hendak jumpa..henda berhubung dengan telefon pun susah..
hal ini membuatkan dekna sering termenung..susah untuk tidur..makan minum terabai..dan sering menangis kerana merindui adam..
dekna pernah terfikir..untuk berpisah dengan adam..kerana tidak sanggung lagi berendam air mata..tapi die terfikir..mampukah die melepas kan adam??
atau nanti akhirnya...dia tetap berendam air mata...
Lalu suatu hari..dekna mngambil keputusan untuk pulang kekampung..berjumpa dengan ibubapa nya..dekna menyatakan hasrat nya untuk berkahwin..tetapi bukan dengan adam.dekna meminta ibubapa nya mencari calon suami untuk nya...dia berhasrat...dengan perkahwinan ini..dia dapat lupakan adam untuk selama-lamanya..dia sudah tidak tahan lagi menanggung perit nya bercinta..dan tidak mahu lagi berharap pada cinta yang tidak pasti...dekna meminta ibubapa nya menyegera kan perkahwinan setelah berjumpa calon suami untuk nya..kerana dekna risau..jika dia berubah fikiran di saat2 akhir..dalam masa sebulan..
Ibubapa nya telah mengaturkan pertemuan dekna dengan seorang lelaki yang bernama kamal..kamal adalah seorang doktor yang memang sedang mencari isteri ekoran umurnya yang semakin meningkat..dan sangat memerlukan seorang isteri untuk menjaga makan minum nya..setelah mereka bertemu..dan dekna juga telah bersetuju..perkahwinan di tetapkan..sebelum akad nikah..dekna menghantar mesej kepada adam buat kali terakhir..mesej itu berbunyi.."abang,sayang memohon maaf kerana tidak boleh lagi menunggu abang..hari ini sayang akan diijabkabulkan dengan seorang lelaki yang sudi mengambil sayang sebagai isteri..mungkin abang akan terkejut dengan tindakan sayang ini,tapi ini yang terbaik untuk kita berdua abang...sebab sayang tidak sanggup lagi menanggung keperitan cinta kita..apa guna cinta..kalau sayang tak bahagia dan abang tiada di sisi sayang..sayang mintak maaf sangat2..tapi percaya lah abang..tak pernah sayang curang dengan cinta kita..dan sekarang..cinta sayang masih pada abang..tetapi..setelah sayang diijabkabul sebentar lagi..sayang akan kuburkan cinta kita..dan cuba membina cinta baru dengan masjid yang sayang bina...untuk kali terakhir..sayang sangat mencintai abang..assalamualaikum".....setelah itu..selamatlah dekna diijabkabulkan dengan kamal..dengan air mata yang mengalir...dekna mnguburkan segala cinta dia kepada adam...dan mengucapkan syukur kehadrat illahi di atas kebahagiaan yang dikurniakan NYA....
moral: hargai lah orang yang ade didepan mata kita...jangan sampai disuatu saat nanti..tanpa kita sedari..dia sudah pergi untuk selama-lamanya~
2 ulasan:
salam,.:)
kisah cinta,hehe,.sme je ngn my luv story,wuwuu,.tp CN xkawen lg ye,.hehe,..
btw,thanks sudi snggah,..
erm,boley x CN nak bg cdngan,.tp cik Moolat jgn trase tau,.hehe,.klu entri crite,cube cik Moolat bg die prenggan,.nmpk lbih teratur dn sng readers nk bce,.
sori tau,skdr brkgsi ilmu dr blogger2 lain,.thanks,.CN newbie lg,.
thx u CN :-)..
segala feedback mmg diperlukan utk penambahbaikkan..hehe
nnti kite ikut advise CN ye :-)
Catat Ulasan